Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka
Lelaki suka:
- Sikap kelakar
- Budi pekerti dan kesopanan
- Murah hati
- Senyuman manja
- Pandai memasak
- Pandai dalam mengenakan pakaian
- Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
- Tak mudah naik angin
- Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
- Tak terlalu seksi dalam berpakaian
- “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
- Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
- Berwawasan atau bercita-cita tinggi
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
- Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
- Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
- Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
- Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
- Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
- Sikap keibuan
- Sukakan kanak-kanak
- Suara lembut tanpa dibuat-buat
- Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
- Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
- Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
- Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
- Tahu bersyukur
- Pandai berjimat-cermat
- Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa
- Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
- Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
- Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
- Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
- Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
- Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
- Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
- Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
- Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
- Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Eiza.
Warkah Buatmu
Tahun 2002, ALLAH pertemukan aku dengan dirinya. Kali pertama aku terpandang dirimu di satu sudut di kelasku, Kau memandangku, aku juga memandang dirimu. Kita saling tiada perasaan aneh. Namun hari demi hari, aku mengenali dirimu, aku terpikat dengan dirimu. Kecomelanmu membuatku terpesona, kenakalanmu bersama teman-teman membuatku tersenyum sendiri. Aneh sekali, aku suka pada lelaki sepertimu.
Tahun 2003, kita sama-sama melangkah ke tingkatan 4, kita berbeza kelas pada mulanya, namun rombakan kelas membuatkan kita bersama semula. Aku duduk menghadap mejamu. Sering kali mencuri pandang wajahmu. Sering kali menatap wajahmu. Sering kali tersenyum sendiri bila melihat telatahmu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku tahun itu, setiapnya kucatatkan di dalam diari hatiku. Terlalu indah sehingga aku tidak mahu terlepas daripada mengingati setiap peristiwa itu.
Tahun 2004, kita terpisah, aku naik kelas, dan kau kekal dikelas yang sama. Tahun itu aku berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Setiap kali kau lalu dikelasku, aku mencuri pandang. Bila kau datang ke kelasku, aku tak keruan. Lucu benar. Aku sering mengharapkan kita berdua dapat berbual-bual, tapi apakan daya, aku terlalu malu. Malu benar terhadapmu. Suaraku sering kali enggan keluar, walaupun aku cuba memaksa untuk keluar. Aku hanya mampu memandangmu. Bila kita berbicara, bicara kita tidak pernah lama. Entah apa silapnya. SPM menjelang tiba, aku berperang dengan kertas soalan. Sepanjang peperiksaan wajahmu tidak kelihatan. Aku rindu wajahmu. Tapi apakan daya, aku tak mampu mencarimu. Minggu peperiksaan berlalu. Aku menantikan keputusan peperiksaanmu. Dirimu kurindu. Payah benar untuk bertemu denganmu.
Cerpen: Penawar Kasih
” Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit…”
Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.
” Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500…” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?
” Betul… Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.
Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja…”
Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.
Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.
Love’s Drugs
Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi mengirimkan artikel kepada kami. Sungguh banyak artikel yang diberikan. Untuk entri kali ini, kami ingin buat satu kelainan memandangkan ada terdapat kiriman yang sungguh kreatif dan amat sesuai dikongsikan bersama.

Love’s Drugs ini dikirimkan oleh Little Panda. Anda semua boleh mengikuti cara untuk membuat ubat bagi cinta anda itu seperti gambar di atas. Menarik bukan? So apa lagi. Mari kita buat sama-sama.
- Mr & Mrs Teddy -
Carta Lagu “Gempak Melodi”
Apa ka benda nih? Ha…jangan main-main. Sekarang ini Tentang Cinta sedang mengadakan satu aktiviti. Aktiviti ini diketuai oleh saudari Nurul yang merupakan FTC Crew di Forum Tentang Cinta. Untuk pengetahuan anda semua, aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan oleh ahli-ahli FTC.
Sekiranya anda ingin mengetaui dengan lebih lanjut apa itu Gempak Melodi, lagu apa yang terdapat dalam Gempak Melodi, anda bolehlah layari ke http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=360. Di sana, saudari Nurul telah memberikan penerangan bagaimana aktiviti ini dijalankan.
Diharapkan saudara, saudari, tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, kakak-kakak, sekalian dapat memberikan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan aktiviti pertama kita ini. Mari kita hebohkan forum cinta yang sedang hangat dan terhangat dengan aktiviti yang diadakan nih.
Jadi apa tunggu lagi? Moh kita ke sana…
Pisang dan Hati
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Cinta Tanpa Kata-kata
Hidup adalah warna warni
Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan
Sejak manusia pertama
Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia
Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara
Doa untuk yang Bercinta
Doa untuk yang bercinta, siapa-siapa yang tengah bercinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa nih…
Bingkisan Doa.
Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
Doa ini telah dikongsikan oleh saudari putri_lilin82 di Forum Tentang Cinta.
Cinta Bukan Mainan ye Adik-adik

Pernah suatu masa dahulu, ketika saya sedang berjalan-jalan dengan Mrs Teddy (tengah dating la kirenya), saya ternampak beberapa orang budak dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun duduk berlepak-lepak di shopping complex. Kecil-kecil je badan mereka. Yang menjadi peliknya, mereka-mereka ini bukan saja berkumpul tetapi berkepit mengalahkan saya dengan Mrs Teddy (Tetapi kitorang takde berkepit-kepit tau. Tu pasal saya kata mengalahkan kami berdua).
Memang semua orang ingin bercinta. Lagi-lagi ketika usia sudah meningkat ke alam remaja, perasaan cinta itu mula membuak-buak. Ramai yang mengatakan cinta ketika di alam persekolahan merupakan cinta monyet. Saya tak pasti la kenapa tetapi dari apa yang saya tahu, cinta monyet ini adalah cinta yang hanya berdasarkan suka semata-mata dan bukannya disebabkan kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam yang tujuannya untuk mendirikan rumah tangga.
Cinta bukan mainan ye adik-adik? (Macam dah tua pulak saya ni kan panggil adik-adik ni…). Tetapi cinta itu merupakan suatu perkara yang unik dan teramat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya cinta ini dibuat main-main, sudah pasti cinta itu akan retak lalu pecah disebabkan perasaan yang tidak serius dalam bercinta. Cinta perlukan pengorbanan dan tanggungjawab. Ingat tu…